Monday, December 23, 2013

AZHAELTRIP2013: Bercuti bersama AzHael & TeamAzHael di Langkawi

percutian Azhael bersama peminat di Langkawi Azhael & Team AzHael bercuti di Langkawi
Salam,
Langkawi Destinasi Percutian yg sgt best kalau disamping teamAzhael yg sgt spOrting!.TQ Astro kerana mberi peluang dan ksempatan utk meraikkan AFBUZZ Azhael bersama #TEAMAZHAEL pada 19hb Dec sampailah 22hb Dec 2013 baru baru ini.

1100pm...
Cerita bermula disaat pertemuan kali pertama / berkali kali pon ada bersama TeamAzhael di pintu masuk utara Astro.. Menaiki bus dr Astro ke Kuala Perlis mengambil masa 6jam lamanya tp serOnok sebab nyanyi, berborak, ketawa dan kenal kenal sama sama.. kalau naik Flight! kaku kejabkan.. gler terpaksa proktokol. sO syukur naik Bus janji selamat sampai... Yeahhh!!
#teamazhael  #azhaeltrip2013 #azhael #afbuzzwinner #af2013 : antara yg bertuah bercuti bersama Azhael yoh!

LangkawiMo Tunggu Kami Datang....
Bergerak dr Jeti Kuala Perlis jam 8am mengambil masa hampir 45minit shj ke Jeti Langkawi dan kami mmg xsbr sbr nak sampai kerana tidak tahan tahap iklim sejuk dalam ferry ini.. sgt sgt sejuk!! Akhrinya kami sampai dan semua mencari cari sang Matahari bg sesi panaskan badan yer..
#teamazhael  #azhaeltrip2013 #azhael #afbuzzwinner #af2013 : Setibanya di Langkawi Destinasi di tuju.. Gamat!! Jom beli Minyak...

TeamAzhael...
Ketibaan kami disambut baik oleh Sang Helang. Hari Pertama sepakat sekata memakai TShirt TeamAzhael #virusunggu meneruskan terus ke Destinasi pertama iaitu pengusahaan Gamat..! Panas kott celup tanggan dalam Gamat tuu, sapa kata xpanas..aku terkena ok! dan di sini jugalah kami membeli belah myk Gamat dan pelbagi jenis Myk myk hasil drpd Gamat... Terus mara ke Destinasi seterusnya kami ke Medan Batik dan disini  Mak Jemah turut membeli belah pelbagai jenis Tshirt dan Kain kain Batek .. utk bg pada org katanya... Masa masih mengizinkan dengan cuasa yg sgt okaylah iklim Malaysia.. Kami ke Pantai Chenang lalu jer k.. utk ke UnderWaterWorld - bagimasa 1 jam tp kdg kdg di minta2 masa yg lebih sbb rupa2 ramai yg pecinta Alam Lautan yer...

#teamazhael  #azhaeltrip2013 #azhael #afbuzzwinner #af2013 : Kenangan Percutian Azhael dan TeamAzhael di Langkawi
#teamazhael  #azhaeltrip2013 #azhael #afbuzzwinner #af2013 : Menuju Puncak bersama cabel car!! Gayat yohhh..
#teamazhael  #azhaeltrip2013 #azhael #afbuzzwinner #af2013 : Virus Unggu menyerang Makam Mahsuri @Langkawi
Yeahhh!!!! Yeahhh!!!  Menuju Puncak...
Laparnyer...selepas makan tghari kami terus menuju ke MakamMahsuri.  Yeahhh Yeahhh makin trending dalam bus bila coPilot bus sentiasa update next destinasi kita yer.. Disini semua mengidamkan ada kulit secantek after sapu air perigi... berseri seri yer.. Azhael tetap kena serbu oleh peminat peminat yg juga pelancong dtg kesini!! Cable Car!! Yeahh Yeahhh.. ini destinasi terakhir kami bagi hari pertama.. selepas menunggu giliran yg xterasa sgt sebab dah beratur ramai2 dgn berborak tupp tupp sudah sampai yer... AKHIRNYA.. kami MENUJU PUNCAK Gunung... sini sejuk sejuk dan sgt Indah pemandangan nyer ok! sgt perfect! pelbagai jenis pose TeamAzhael dan Azhael lakukkan.. setiap sudut ruang digunakkan sebaik mungkin  ok! Semua sgt terguris bila Jambatan itu ditutuppp!!  erghhh menangiss xdpt lalu!. selepas habis shj segmen trip hari pertama kami Dinner di sebuah Res Thai (Lupalak nama )...

Hentian..Bella Villa..
Bella Villa kami tiba hampir pukul 9pm..peh seronok dpt tgOk katil empuk empuk dan keluasan bilik!!! stay dgn TeamAzhael yg giler giler! sgt serOnok ok.! Malam itu kami penat.. bOrak bOrak.. Then kuar cari barang (antarabarang bg mesti beli adalah plug tambahan) then kami, lepak minum sampai kul 1am..then balik semua berdengkur ZzZZZzzz penat katanya.... esok ada destinasi lain...
#teamazhael  #azhaeltrip2013 #azhael #afbuzzwinner #af2013 : jom Island Hoping bersama Azhael
SABTU di Langkawi...
9am awalnya kena bangun dan bersiap sedia utk Island Hoping! Ok kenapa aku suka part ini sebab ia sgt  Best! kami di pecahkan kpd 2 group lelaki dan gurl gurl Manakala Hael dan Azhar dipisahkan bagi melayan group lelaki dan group perempuan... Perlumbaan Boat dimulakan dan kami juara ke lokasi Beras Basah namanya... 45 minit masa diperuntukkan bagi mandi manda namun sekejab shjer mereka mandi manda memandangkan permukaan batu bata sgt menganggu pergerakkan perenang2 kita.. sO, kami apa lagi selfie bergambar dan bergambar sampailah buat aktiviti group yg dibahagiakan kpd 2 group 1 dan group 2.. (nak tahu nama group apa) follow sampai cerita habiss..OK! games ditunda sebab ketua rOmbangan Che Kiah dah memanggil manggil utk ke Destinasi kedua.. HELANG!!! kami tgok Helang makan makan... shj... 
#teamazhael  #azhaeltrip2013 #azhael #afbuzzwinner #af2013 : kadang kadang tertanya mana beras nya...
#teamazhael  #azhaeltrip2013 #azhael #afbuzzwinner #af2013 : kami mandi manda, panjat bukit , redah lautan

MANDI MANDA & SERANGAN OMBAK!
Kayuhan Bott diteruskann ke Dayang Bunting Island dan Tasek dia sgt AwesOme..! Tandas sini 50sen ok!! mahal hahaa.. Disini ada TeamAzhael yg mandi manda dengan berbekalkan LifeJacket sebab takut kelemasan katanya dan Azhael mereka berdating naik Kayuhan Solar yg xberapa sOlar sekeliling tasek dan ada juga TeamAzhael yg tetap Selfie dan Sesi bergambar kalah Azhael mereka ini! hihiii.. TAMAT 1jam diberikan Puas ... kami terus balik dengan diserang Ombak yg kuat ketika Bot membelah lautan.. sgt teruja dan semua sakit bOntot .. xsanggup duduk.. ada yg tOpi terbang dan  selipar melayang... semua kenangan tu.. Tiba shj di Darat .. semua meronta ronta dan meminta minta  utk naik ke Darat dahulu dan yg pasti si penjual Gambar Pinggan sedia menunggu... 
#teamazhael  #azhaeltrip2013 #azhael #afbuzzwinner #af2013 : Sukaneka azhael dan peminat. 

TEAMENJUT-ENJUT vs TEAMMUSTARKAMBIR..
Ingat cerita ttg Group 1 &; Group 2 di atas td.? kami menggunakkan group itu utk Sukaneka yg disediakan oleh pihak Villa.. Team Enjut Enjut di ketui oleh HAEL dan AZHAR mengetuai lagasi Team MustarKambir. Game 1 - Isi Air dlm Botol secara berkumpulan sgt kontroversi games ini... Game 2 diteruskan dengan acara Kepit bola Beri bola ... game ini sgt seronok ok sebab sgt berhati hati dan xcited!Bak kata Anje games ini sgt lucah hahaa!! Game 3 Getah dan Straw game ini pula mudah dan kena pantas...ada kenangan disebalik games ini hanya TeamAzhael dan Azhael shj yg tahu...Game 4 Bola Tampar guna Kanvas! Penat dan meriahh, kenalah ada strategik dan apa yg penting kerjasama!!! Game 5 Lempar dan Sambut Belon air... games yg memerlukan startegik utk jatuhkan group lawan... Last lasttt penutup game... PERANG BELON AIR.. ambikk ko!!! RESULT!! team ENJUT ENJUT sebagai pemenang dalam cabaran Petang ini!!! Tahniah..korang sebab aku slh sorang ahli group ini...

SESI MAJALAH MANGGA..
Habis shj games itu... semua TeamAzhael dan Azhael merendam dalam swimmingpOol !! ambik ko.. keruh terus hahaa!!!... macam macam pose dan ragam mereka ini.. paling menarik adalah snap pic dalam air.. trending terus... 

MALAM BBQ DAN SUKANRAKYAT...
Malam kembali lagi, tepat 830 mulalah kami memakan hasil BBQ yg tersedia... sgt sedap dan seronok sebab makan satu table terus dgn bdk bdk AZHAEL dan TEAMAZHAEL.. makan makan makan..kerja kami... kdg kdg Azhar dan Hael tidak kedekut ceritakan tentang pengalaman berharga dalam AF2013..
MALAM masih muda... apa kami lakukan?? nak keluar malas jauh ke Bdr.. So..TEAMAZHAEL bergembira di tepi pantai dengan bermain permainan Rakyat.. GalahPjg! xsuka ingat games ini sebab aku kalah dalam games ini huhuuu... Aktiviti diteruskan dgn sukan BALING SELIPAR... ambik ko kena baling selipar.. paling best games ini sebab grOup kecilkami menang!! wpOn satu mata... kdg kdg geng musuh tahu sudah teknik penipuan kami yer hahaa! nama pOn strategikk kan.. giler Happening... Yah!! kami memang xpenat sebab itu kami terus berjalan malam utk cari kedai makan..serbu kedai makan dan lepak sampai pagi... Aktiviti Bujang diteruskan dengan satu group lelaki lepak dlm bilik sembang ttg TEAMAZHAEL dan pengalaman masing masing!!! tido kul 5am ..bangun 8am utk balik dah... huhuuuuuuu
#teamazhael  #azhaeltrip2013 #azhael #afbuzzwinner #af2013 : Pelajar AF yg tersingkir sebelum masuk AF.. hahaa
last day @langkawi dengan baju tajaan Astro #akademifantasia..dah mcm krew je, mcm comey je..

REMBAT COKLAT....
PAGI!! selepas Check Out.. kami semua meneruskan misi membeli belah cOklat di Pekan Kuah.. ambik ko berbakul bakul TEAMAZHAEL beli belah....Seterusnya kami dengan berat hati ke Jeti Langkawi bagi meninggalkan kenangan kami disini...

HENTIAN TERAKHIR..
Hampir penamat...dalam bus.. mmg sgt seronok lebih lebih lagi ada TEAMAZHAEL kalau cakap sure org akan gelak kan.. kdg kdg diminta minta lagu HENTIAN TERAKHIR trending dalam Radio termakbul.. apa lagi mereka nyanyilah satu bus...hahaaaa Thanx ERA.FM sebab selalu putarkan lagu HENTIANTERAKHIR dan TeamAzhael yg tidak putus putus mengundi lagu ini.. Perjalanan mengambil masa yg agak lama sbb jalan sesak...akhirnya tiba KL dalm jam 1230pm ok.. sgt penat...akhirnya whatsapp meminta minta utk bertanya khabar rindu dan berkongsi gambau gambau nyer..
#teamazhael  #azhaeltrip2013 #azhael #afbuzzwinner #af2013 : Bersedia atau tidakk Mohhh kita balik..
say Bye Bye Langkawi.. kenangan peminat azhael di Langkawi!!! 2013

TEAMAZHAEL & AZHAEL &; ASTRO..
Terima Kasih Astro kerana sedikit sebanyak memberi kami masa yg berharga dengan percutian yg sgt kami nantikan.. Janji TeamAzhael akan sentiasa meyokong #jatuhbangunbersama #hentianterakhir #azhael sampai mereka meyumbangan sesuatu kpd industri Seni kita... Pengalaman yg menarik bersama Keluarga Team Azhael membangkitkan semangat dan erghhhh...kenapa 3 hari shj weyy!!! xcukup.. Namun apakah daya hanya 3hari janji Astro atas percutian ini. 
#teamazhael  #azhaeltrip2013 #azhael #afbuzzwinner #af2013 : lambakkan selfie

GERAK GEMPUR!
Ayuh kayuh laju laju utk vOted AZHAEL dalam Anugerah Meletop Era bagi pencalonan mereka yg pertama iaitu ARTIS BARU MELETOP.. kebabOOooomm..!!! meletOp.. jom VOTED ok! TEAMAZHAEL ayuh !!!!





No comments:

Post a Comment