Saturday, December 14, 2013

AIM 20 : KEPUTUSAN RASMI

Salam, 

Tahniah kepada semua pencalonan dan pemenang. Satu anugerah bagi memberi penghormatan atas kerja keras pengiat seni kita... 

Beliau - Tulang Belakang Seni Kita - Sekarang Beliau berdiri lebih tinggi
dan masih menyokong Industri Kita...
Jika Tan Sri Dr. Tony Fernande , Beliau yg sehebat skrg merupakkan org pencinta Industri kita..sO sapalah kita utk tidak menyokong Industri kita.... Tan Sri Dr. Tony Fernande Juga menerima Anugerah Seri Wirama.



1.  Lagu Pop Etnik Terbaik  Pahlawan Zafana – Ihab Ismail – Ihab Ismail/Ahmad Fedtri Yahya
2. Lagu Nasyid Terbaik  Mawar Berdarah – Rabbani – B. Nury/B. Nury
3. Lagu Hip Hop Terbaik Aku Pelat – Salammusik ft. Zion Dread – DJ Fuzz/Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam
4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik In The House – Goldfish & Blink ft. Altimet & ZE! – Alvin Teoh (Goldfish) & Lau Hoe Yin (Blink)/Altimet & ZE!
5. Artis Baru Terbaik Alex Subryn
6. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) Saujana – Salam Atasmu
7. Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih
8. Video Muzik Terbaik #1 – Pretty Ugly & Altimet – Perez Oldskool
9. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara Hilang Naluri (Once)
10. Lagu Rock Terbaik Di Bawah Gerbang Skaea – Amy Search – Edrie Hashim/Buddhi Hekayat
11. Lagu Pop Terbaik Lelaki – Yuna – Yunalis Zarai/Yunalis Zarai
12. Anugerah Kembara Shila Amzah
13. Anugerah Kulit Album Terbaik Penglipur Lara- Hazama
14. Anugerah Rakaman Album Terbaik Luahan hati anak seni- Hafiz AF
15. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu Bila Resah- Anuar Zain & Dayang Nurfaizah)
16. Anugerah Sri Wirama Tan Sri Tony Fernandes
17. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) Bahagiamu Deritaku- Hafiz AF
18. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) Seandainya Masih Ada Cinta- Dayang Nur Faizah
19. Lagu Terbaik AIM 20 Lelaki- Yuna
20. Album Terbaik AIM 20Luahan Hati Anak Seni- Hafiz AF

PENCALONAN..
Ini AIM20 kan... kenapa masih ada lagu lama (bukan lagu baru terbitan dr thn 2012-2013) yg diupgrade kan/ comeback..?? bOleh tercalon.. Bagaimana dgn penuli lirik /pencipta lagu baru utk meneruskan perjuangan sedangkan AIM menerima lagu lama utk dicalonkan semula..??
ANUAR & DAYANG penerima kemenangan atas tiket comeback!
Antaranya, Bila Resah , Sedetik Lebih , Seandai Masih Ada Cinta... sekiranya ini boleh berlaku nescaya tahun hadapan lebih ramai artis lebih suka utk comeback lagu lama mereka dan dicalonkan dalam AIM seterunya.

sepatutnya, pencalonan berhak keatas Pengiat seni yg memperjuangankan lagu baru bagi dinilai kualiti lagu tersebut, berdasarkan masa terkini...

PERSEMBAHAN
Overall oklah.. masih memilih jenis persembahan utk dipertontonkan.. Kalau boleh AIM kena memberi laluan kdp semua artis dalam genre lagu yg berbeza utk membuat persembahan cth Nasyid & Irama Etnik Msia. 
Persembahan Bertenaga, Penyampaian yg sgt AwesOme!! #DatoCT hebat!!!
Tahniah kepada persembahan cukup simple oleh Dato Siti Nurhaliza, persembahan Mas Idayu & WARIS, Shila Amzah & HAFIZ..

juga satu kombinasi pengacara baru dan lama yg best tersgt best!! Nabil mempunyai kekuatan atas tiket bukan berseorangan. PakNil cukup memberi kelainan dari segi pengunaan ruang setiap kali AIM disiarkan cthnya sentisa mengubah posisi..
TAHNIAH!!! malam itu mereka tidak bOsan dan tiada krikkk krikkkk!!!!
ANAK SENI - masih berjuang dan diIktiraf!!! Tahniah Shila Amzah!
HAFIZ - masih berkarya dan terus berjaya! Vokal awesOme
produk AF yg berkualiti!

Tewas tapi mereka masih HEBAT.! FORTEEN terus berjuang!!!

AIM selamat berjuang anak seni. Karya terbilang Industri Cemerlang..!!!

No comments:

Post a Comment